Saturday, January 4, 2014

Cermin Mata

Pada suatu hari sepasang suami isteri
yang agak berusia umurnya sedang
dalam perjalanan menuju ke Johor
Bahru melalui highway. 

Tujuan mereka
adalah untuk melawat cucu yang baru
lahir di sana . Mereka bertolak
semenjak subuh lagi.

Perjalanan itu
agak jauh juga, maklumlah dari
Lumut, Perak katakan.

Sesampai mereka diperhentian rehat
Pagoh, mereka berhenti melepaskan
penat memandu. Si suami minum air
"PowerRoot" dan si isteri pulak minum
air kacip fatimah, nak segarkan mata
agaknya tu. Setelah berehat agak
lama juga, mereka pun menyambung
perjalanan menuju ke JB.

Lebih kurang 15 minit selepas
meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si
isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya
tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan
betul la, cermin mata tu pun tak boleh
nak jaga, nak kena pusing balik lagi,
kena bayar toll lagi, lain kali letak
cermin mata atas kepala, baru tak
tertinggal. Dah tua makin nyanyuk
pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang
jalan, manakala siisteri terus
membisu kerana salah sendiri. Walau
macamana pun si suami pusing balik
jugak untuk ambil cermin mata si
isteri, tapi cuping telinga panas
membara kena leter.

Bila sampai ditempat tadi si isteri
turun tergesa gesa untuk mengambil
cermin matanya yang tertinggal.

Tetapi tiba-tiba si suami
memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana?

Isteri : Nak ambil cermin mata saya
la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya
sekali, saya rasa tertinggal jugak
atas meja tu!

Isteri : @#%$*!?/&$( %#@#@$%&^
%*&^?&%$ #^!@~

No comments:

Post a Comment