Saturday, September 20, 2014

hadiah lumayan

Dial 999 Dan Jerit Slogan "Polis Bodoh" Untuk Memenangi Percutian Ke Hotel Pintu Besi. Sepanjang Percutian Anda Akan Mendpat Baju , Seluar, Dan Makanan Percuma. Untuk Melengkapkan Lagi Percutian Ini , Sebuah Kereta Waja Warna Putih Serta Bersiren Akan Menjmput Anda Di Rumah Berserta Bodyguard Termasuk Gelang Tangan Silver Yang Masih Belum Berkarat . PERADUAN INI TIADA HAD UMUR DAN MASIH BELOM ADA PEMENANG LAGI .JADI TUNGGU APA LAGI ? DAIL Dan MENANGI PERCUTIAN INI SEKARANG !! Tertakluk Pada T&S . . Jangan Lepaskan Peluang Ini.... hahaaaa!!!

Saturday, January 4, 2014

Cermin Mata

Pada suatu hari sepasang suami isteri
yang agak berusia umurnya sedang
dalam perjalanan menuju ke Johor
Bahru melalui highway. 

Tujuan mereka
adalah untuk melawat cucu yang baru
lahir di sana . Mereka bertolak
semenjak subuh lagi.

Perjalanan itu
agak jauh juga, maklumlah dari
Lumut, Perak katakan.

Sesampai mereka diperhentian rehat
Pagoh, mereka berhenti melepaskan
penat memandu. Si suami minum air
"PowerRoot" dan si isteri pulak minum
air kacip fatimah, nak segarkan mata
agaknya tu. Setelah berehat agak
lama juga, mereka pun menyambung
perjalanan menuju ke JB.

Lebih kurang 15 minit selepas
meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si
isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya
tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan
betul la, cermin mata tu pun tak boleh
nak jaga, nak kena pusing balik lagi,
kena bayar toll lagi, lain kali letak
cermin mata atas kepala, baru tak
tertinggal. Dah tua makin nyanyuk
pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang
jalan, manakala siisteri terus
membisu kerana salah sendiri. Walau
macamana pun si suami pusing balik
jugak untuk ambil cermin mata si
isteri, tapi cuping telinga panas
membara kena leter.

Bila sampai ditempat tadi si isteri
turun tergesa gesa untuk mengambil
cermin matanya yang tertinggal.

Tetapi tiba-tiba si suami
memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana?

Isteri : Nak ambil cermin mata saya
la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya
sekali, saya rasa tertinggal jugak
atas meja tu!

Isteri : @#%$*!?/&$( %#@#@$%&^
%*&^?&%$ #^!@~

Thursday, January 2, 2014

Pak Pandir Dan Pegawai Kerajaan

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage

Wednesday, January 1, 2014

Monday, December 30, 2013

Isteri yang Jujur

Sepasang Suami-Isteri tengah memandu di highway telah di tahan Polis….

Suami : ada apa masalah encik ?

Polis : anda di dapati memandu melebihi 110km

Suami : mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100km jer…mungkin meter saya rosak kot..
Isteri : abang tak baik tipu Polis tue…tadikan abang pandu lebih dari 150km…

Polis : saya juga akan saman encik berkenaan lampu brek encik tidak berfungsi…

Suami : yeker lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik…minta maaf,nanti saya betulkan

Isteri : abg..kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2 minggu lepas..saya sendiri beritahu abg ..

Polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai tali pinggang…

Suami: saya baru jer bukak encik….masa encik tahan saya…

Isteri : abg nie..kan abg tak pernah pakai tali pinggang…tak baik tipu encik nie
si Suami yang tak tahan dengan kerenah Isteri dia terus melenting.

Suami : diam ler ko,semua ko beritahu Polis…ko nak aku kena saman apa??lurus banggang betul ko…budusss,aku tepok paler ko kang…

Polis :Puan,,selalu ker SUAMI marah puan macam nie??

ISTERI : tak ler…dia jarang marah saya..kalau marah pun masa dia ISAP GANJA jer…

Suami : Arrrrrggghhhh *keluar pistol..tembak kpala sendiri

Pak Pandir Membeli TV



Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai.

“Awak ada jual tv warna?” tanya Pak Pandir kepada penjual. 

“Ada,” jawab juru jual. 

“Kasi saya tv warna hijau,” jawab Pak Pandir.

Jimat Tambang

Ajoi sedang melepak depan
rumah sambil mengelap motor
apabila melihat anak jirannya
baru pulang dari sekolah tetapi
berpeluh-peluh. .
Ajoi: “Dik, naper berpeluh-peluh?
Budak sekolah: “Saya jimat duit
RM2″
Ajoi: “naper lak”
Budak sekolah : “saya balik tak
naik bas, tapi saya berlari
bersaing dengan bas jadi saya
jimat RM2..”
Ajoi: “Ooo, tapi kenapa ko tak
berlari berlumba dengan
teksi..lagi ko jimat RM10,.